Monday 23 May 2011

Mengenangi Mereka.

Terkadang apabila saya bersendirian, saya sering teringat wajah-wajah yang sudah pergi. Maksud saya, tokoh-tokoh politik Jerantut yang sudah tiada. Saya mengenangi mereka tanpa mengira kem, tanpa mengira mereka dari yang pernah menyokong kami semasa era Dato' Wan Abu Bakar, atau saya. Itu tidak penting. Mereka hanya sekujur tubuh sahaja kini.

Mereka yang pernah memberi sokongan, atau membuat plot untuk menjatuhkan saya, atau yang pernah mengundi, atau yang tidak pernah mengundi, malah mungkin ada yang mengempen untuk tidak mengundi saya. Itu semua sudah tidak penting. Kini mereka sudah mengadap Allah, Pencipta dan sedang diadili. Esok lusa mungkin saya pula, Semua yang bernyawa akan kembali kepada Allah.

Mari kita bariskan nama: Arwah Saffin Karim, Arwah Mokhtar Jeffri, Arwah Pak Ngah Rafli, Arwah, Zainal Kassim, Arwah Pak Long Zainal, Arwah Shahrin Daud, Arwah Rahimi Wasit atau Wak Kang, Arwah Hasim Manggi, Arwah Harun Gintung ,Arwah Pak Din, Arwah Cikgu Bakar dan Arwah Azizan Yaakob.Mungkin ada yang saya lupa untuk senaraikan di sini.

Bila makin ramai orang yang sempat ketawa dan berbual dan mengata dengan kita sudah seorang demi seorang meninggalkan kita, ini bererti kita sudah makin tua. Satu hari nanti, akan tiba giliran kita.

Politik hanya mainan dunia. Berpada-pada dalam menaburkan fitnah. Kita akan diadili juga.

Al Fatihah buat arwah-arwah.

Wednesday 18 May 2011

Jerantut Perlu Perancangan Bandar Yang Menyeluruh.

Sekali air bah, sekali pasir berubah.

Ungkapan di atas bermaksud bila bertukar kepimpinan, maka akan berlaku perubahan. Perubahan yang berlaku tidak pula menjamin kebaikan, atau keburukan. Sesuatu yang pasti, perubahan akan berlaku mengikut rentak pemimpin yang baru.

Pembangunan - dan perancangan - bandar Jerantut tidak boleh begitu. Ia perlu direncana berdasarkan masterplan, atau blue print untuk jangkamasa yang lama. Mungkin 20 tahun dari sekarang, dan tidak boleh ad hoc. Mana-mana bandar yang cambah tanpa blueprint akan mewujudkan berbagai-bagai masalah kemudian hari. Justeru itu perancangan yang teliti dan long term sangat perlu.

Kita ambil contoh loji air Batu Embun. Ianya siap dibina pada tahun 1992, dan kurang dari 10 tahun pembinaannya, ia sudah tidak dapat menampung keperluan rakyat Jerantut dan industrynya. Begitu juga dengan perancangan jalanraya agar tidak berlaku kesesakan, taman-taman perumahan dan bangunan komersial. Ianya perlu dirancang dengan teliti agar Jerantut bukan saja membangun tetapi indah.

Kita perlukan arkitek pembangunan.

Sunday 8 May 2011

Generasi Baru Politik Jerantut.

Jerantut perlukan generasi baru ahli politik jika mereka ingin pergi jauh. Ini kerana Jerantut masih mengamalkan politik kepuakan atau 'group feeling'. Orang Jerantut perlu sokong pemimpin yang benar, bukan kuat. Orang Jerantut perlu menyokong mana-mana orang yang membawa kebaikan kepada Jerantut tanpa mengira mereka datang dari Tahan, dari Pulau Tawar atau Damak.

Dengan ringkas, dalam dunia sudah semakin global, semangat tribal perlu dihapuskan. Menyokong pada yang mampu, bukan secara assabiyah.

Thursday 5 May 2011

Elok Jika Komen Di Moderate.

Saya berasa sedih sebenarnya jika membaca sebuah blog yang enggan moderate komen. Kononnya pemilik blog itu ingin memberi kebebasan kepada warga Jerantut memberi apa saja pendapat tentang hampir apa saja. Masalahnya, ditangan orang yang mengamalkan budaya rendah dan mengaibkan sesama Islam, kebebasan seperti ini diambil kesempatan untuk memalukan sesama Islam, sesama parti.

Kebebasan bersuara juga perlu ada pertimbangan. Jik blog menjadi tempat memfitnah dan mengaibkan seseorang maka pengendali blog sepatutnya bertanggungjawab. Ada ketika, apa yang dibahaskan tidak ada kena mengena dengan individu yang dibangkit, dengan fitnah dan cerita dalam kelambu yang tidak sepatutnya diluahkan dalam blog. 

Saya menapis semua komen yang bersifat peribadi. Jika ada komen yang tidak sependapat dengan saya, jika ia akademik saya akan lepaskan. Saya akan bahas secara akademik. Sebenanrnya reputasi blog-blog Jerantut dan sesetengah blogger Jerantut memalukan. Rakan-rakan blogger saya dari tempat lain sering menyindir kualiti blog Jerantut. Ini kerana blog Jerantut lebih suka mengaibkan orang dari mencari kebaikan.

Janganlah cari populariti dengan cara murahan. Jangan aibkan sesama Islam dan sebangsa. Ini bukan amalan mulia.

Tuesday 3 May 2011

Jawapan Kepada UD: Yang Hitam Atau Yang Putih, Sama Saja.

Hari ini Urag dRulug mengangkat posting bertajuk Yang Diangkat dan Yang Mengangkat. Antara isinya adalah beliau mengkritik WZWH kerana mengangkat dir sendiri sebagai rujukan blog-blog Jerantut. Saya tidak berminat untuk campur pertikaian kedua-dua yang suka bersaing siapa antara mereka sebenarnya lebih 'Tembeling Man'. Saya minat mengulas sindirian UD terhadap pegawai Ku Lan, dan Ku Lan sendiri.

Saya kenal UD tapi ini tidak menghalang saya mengkritik beliau jika saya rasakan pandangannya salah. Dia juga boleh kritik saya, tidak ada masalah. Berbeza pendapat jika kita matang tidak mendatangkan masalah. Masalah bagi sesetengah golongan di Jerantut, mereka langsung tidak boleh disentuh, jika disentuh, ada komplot, ada konspirasi. Ini negara demokrasi.

Saya tidak setuju dengan pandangan UD tentang pegawai Ku Lan yang menurut beliau tidak disenangi oleh orang Jerantut. Sebenarnya, letak siapa pun tetap akan ada yang tidak disenangi oleh orang-orang tertentu. Namun seorang ketua seperti Ku Lan perlu meletakkan seorang yang dipercayainya.

Soal yang hitam atau yang putih sama saja. Jika kita letak UD sekalipun, tetap ada yang tak berkenan. Jadi buat apa yang pemimpin berkenaan rasa sesuai. Itu hak beliau.

Blog Ini Bukan Blog Untuk Golongan Rendah Minda.

Baru sebentar tadi saya sudah memadam sebuah komen dari manusia yang tidak bertanggungjawab. Dalam blog ini saya letakkan sebuah gadget bernama Histats. Gadget ini boleh mengesani siapa-siapa yang masuk, waktu masuk dan dari mana serta IP Addressnya. Jadi walaupun ada orang komen 'Anon', saya tahu siapa mereka.

Saya tidak siarkan kerana insan pengecut itu komen dengan nama Anon, tapi mencabar saya keluarkan komennya jika saya berani. Hairan saya manusia penakut yang tidak berani bertanggungjawab dengan apa yang diperkatakan kerana guna nama Anon berani mencabar saya. Dia sendiri sangat pengecut.

Siapa-siapa yang menuduh tanpa bukti dan tidak berani menggunakan nama sebenar, saya tidak akan siarkan kerana ini blog saya, suka hati saya nak siar atau tidak. Katanya berani buat blog, tak berani nak siar komen tapi bagaimana saya nak siar komen dari insan tak bertanggungjawab dan bacul dan pengecut?

Blog ini bukan untuk golongan rendah minda, sorry!

Sunday 1 May 2011

Tengku Azlan

Jika ada sesiapa yang layak bercakap tentang Ku Lan dalam dunia blogosphere, saya adalah orangnya. Ini kerana saya pernah menjadi setiausaha cawangan Ulu Tembeling ketika Ku Lan merupakan Ketua cawangannya.

Ku Lan mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam gaya politiknya, yang mana agak sukar untuk ditiru oleh sesiapa pun. Mungkin Ku Lan dianggap bukan seorang yang licik namun beliau juga bukan seorang yang naif. Ku Lan berjiwa besar, dan tidak suka menangani dan melayani karenah-karenah picisan.

Beliau seorang yang pemaaf, tidak pendendam dan mudah untuk 'forgive' dan 'forget'. Sifat ini sebenarnya sering disalahfahamkan oleh golongan tertentu bahawa Ku Lan seorang yang mudah untuk diperkotak-katikkan. Jika buat salah hari ini, minta maaf dan esok kita kembali normal. 

Tidak sebenarnya. Betul beliau pemaaf dan melupakan terus segala salah seseorang terhadapnya tetapi Ku Lan mempunyai ingatan yang lama terhadap semua peristiwa. Namun sifat profesionalisme Ku Lan, sebagai seorang politik dan leader membuatkan beliau bersikap demikian.

Pemikiran Ku Lan sebenarnya direct dan simple namun complicated. Beliau direct dalam pendekatannya tapi  penuh dengan 'in-depth language'. Ini menyebabkan ramai yang tidak benar-benar memahami beliau akan terperangkap.

Keistimewaan terbesar Ku Lan adalah beliau boleh menyatukan puak-puak yang bertelagah dan melayani mereka dengan cara yang berbeza mengikut peribadi mereka. Dari seorang 'intelektual' hingga ke 'street fighter' Ku Lan boleh menangani mereka dengan baik. Semua akhirnya akan akur dan tunduk kepada 'political will'nya.

Sebenarnya, apa pun yang diperkatakan orang tentang Ku Lan, beliau tetap 'astute politician', 'shrewd' dan gentleman. Seperti biasa, setiap insan mempunyai kelemahan dan saya tidak mahu membincangkan kelemahan beliau di sini. Tidak manis bagi saya sebagai pengikutnya.

Penggal ini mungkin penggal terakhir beliau. Selepas ini Jerantut mungkin tidak akan menemui pemimpin yang mempunyai peribadi seunik Ku Lan. He is full of paradox.