Sunday 24 April 2011

Perihal Blog Politik Jerantut.

Sebelum saya menulis tentang Jerantut, saya dapati sudah begitu banyak blog di Jerantut. Antaranya blog Urag Drulug, Sangkakala, Pat Pat Siku Lipat, Cawan Tembaga dan sebagainya. Pernah satu ketika Jerantut terkenal dengan banyak blog politik. Namun banyak hanya kuantiti bukan pada kualitinya.

Kita akui era peranan 'radio buruk' dikedai kopi seperti Ramli JKR sudah berakhir. Walaupun di Jerantut, peranan internet dan blog sudah semakin penting. Walaupun kebanyakkan blog Jerantut yang saya sebutkan lebih suka menelanjangi sesama UMNO dari menghentam PAS atau PKR, tetapi apa saja yang mereka tulis kembali dibincangkan dikedai-kedai kopi.

Jika kita perhati blog diperingkat nasional selalunya yang berbisa datang dari negeri kalah. Parpu Kari, Taiping Mali, dan Gerakan Anti PKR muncul dari negeri yang BN tewas. Mungkin ada kesedaran dikalangan pemimpin UMNO negeri berkenaan tentang pentingnya UMNO melengkapkan diri merek bagi bertempur dengan cybertrooper pembangkang menjadikan negeri-negeri PR ini melahirkan ramai blogger tersohor,

Bandingkan dengan Pahang. Setelah tiga tahun selepas PRU ke 12, baru muncul Pahangku. Mungkin sebagai negeri BN, blogger-blogger tidak menjiwai lagi betapa pedihnya menjadi pembangkang. Namun, lewat lebih baik dari terlewat.

Fenomena Pahang negeri BN ini mungkin menjadikan Jerantut tempat blogger menembak sesama sendiri. Mereka lebih suka melihat pemimpin yang mereka tidak suka jatuh dari melihat pembangkang porak peranda. Saya rasa blogger-blogger Jerantut perlu berubah. Stop attacking you own man.

PRU ke 13 sudah hampir. Namun UMNO Bahagian Jerantut masih sepi, dan dunia cyber Jerantut masih ketinggalan.Sesuatu perlu dilakukan.

Kekayaan.

Kadang-kadang saya berasa hairan dengan sifat sesetengah manusia, terutama manusia Melayu. Apabila mereka kaya, mereka merasa mereka betul dan semua orang mesti mengikut kata-kata mereka. Mereka tidak sedar, ada insan yang tidak hairan dengan kekayaan mereka kerana semua rezeki itu datang dari Allah.

Allah menyatakan dengan jelas dalam Quran, Dia Maha Pemberi Rezeki. Dia akan anugerahkan rezeki yang melimpah ruah kepada sesiapa sahaja yang Dia suka. Namun sesetengah mereka menganggap kekayaan mereka dicemburui. Bagi saya mudah, siapa yang Allah limpahkan kekayaan, mereka patut bersyukur. Kepada yang rezekinya hanya sekadar dapat makan minum, mereka juga patut bersyukur.

Mencemburui seseorang yang kaya bererti kita engkar dengan takdir Allah. Allah yang menentukan segalanya. Membangga-banggakan diri dengan kekayaan juga engkar dengan takdir Allah.Sesungguhnya kesenangan - dan kesusahan - adalah ujian dariNya. Samada kita redha dengan Allah atau tidak.

Pada suatu hari semasa PRK Kerdau, tiba-tiba melintas di depan saya sebuah Mercedez berwarna silver. Tuannya seseorang yang saya elak untuk berbual dengannya kerana inteleknya rendah. Dan dia tahu saya kurang menyenanginya. Mercedez berkenaan terlajak, terpandangkan saya dia mengundur. Apabila saya sudah nampak siapa yang memandunya, tuannya sedang berbual-bual dalam talipon dan tidak berniat untuk bercakap dengan saya, cuma ingin menayang kereta saja.

Kemudian dia terus memecut keretanya setelah saya tahu dia adalah tuan Mercedez. Saya tidak berasa apa-apa pun, tetapi mentaliti kelas tiga Melayu kaya ini memualkan. Sudah kaya tapi bagi mereka bagaikan masih tidak cukup pengiktirafan yang diterimanya.

Saya tak rasa penyakit ini ada pada kaum Cina atau orang Eropah. Bagi orang Eropah, kekayaan adalah hal peribadi dan tak ada kena mengena dengan show off. Ini juga membezakan orang kaya harta dan juga kaya mental dengan orang yang kaya harta tapi miskin mental.

Orang yang kaya harta dan mental mempunyai kelas, mereka akan enjoy kekayaan dengan cara yang classy. Mungkin mereka enjoy filharmonik, yacht, clever convesation dan membaca tetapi orang yang kaya harta tanpa kaya jiwa dan mental akan menghabiskan duit kepada perkata yang tak perlu. Dalam kata lain, mereka menghabiskan kekayaan unintelligently.

Sebenarnya,bukan urusan saya siapa kaya atau siapa miskin. Kekayaan tidak membuatkan saya impress jika tidak disertai dengan etika dan susila. 

Saturday 23 April 2011

Salam

Sebenarnya ramai yang minta saya menulis tentang Jerantut dan mengulas tentang politik Jerantut. Pada mulanya saya keberatan Ada beberapa sebab saya menolak untuk menulis tentang Jerantut. Pertama kerana sejak dari awal, Sri Tri Buana memang blog nasional dan menulis isu nasional. Kedua, saya tidak mampu untuk mempunyai banyak blog, tambahan pula sekarang saya antara pengendali blog Pahangku.

Namun demikian, kadang-kadang ada beberapa isu yang ingin saya kupas. Ada juga gerak hati untuk menulis tempat kelahiran saya ini. Namun saya tidak boleh menulisnya di blog Sri Tri Buana yang sebenar kerana ianya blog nasional, Saya membuat keputusan untuk membuat satu blog khas atas nama Sri Tri Buana juga untuk Jerantut. Maka lahirlah blog ini.

Saya akan menulis tentang Jerantut. Saya akan menulis secara jujur mengikut kacamata saya. Saya akan lepaskan komen yang yang bernas dan tidak menyentuh peribadi mana-mana pemimpin atau individu. Sudah sampai masa dunia blog di Jerantut perlu keluar dari selubung fitnah, spin dan cerita-cerita pungkor. Saya ingin lihat Jerantut bertambah maju, bukan hanya sekadar pembangunan fizikal, namun juga perkembangan minda dan etika.

Untuk makluman pembaca, blog ini masih dalam 'pembinaan' jadi maafkan saya tentang kekurangan templatenya. Saya sedang membaiki dari masa ke semasa.

Saya blogger berwajah dan saya tidak minat isu-isu remeh temeh. Dan saya bertanggungjawab atas apa yang saya tulis. Saya bukan jenis baling batu, sembunyi tangan. Saya juga harap blog ini dapat membantu atau membuka horizon baru Jerantut.

Salam dari saya,Sri Tri Buana.