Sunday 24 April 2011

Perihal Blog Politik Jerantut.

Sebelum saya menulis tentang Jerantut, saya dapati sudah begitu banyak blog di Jerantut. Antaranya blog Urag Drulug, Sangkakala, Pat Pat Siku Lipat, Cawan Tembaga dan sebagainya. Pernah satu ketika Jerantut terkenal dengan banyak blog politik. Namun banyak hanya kuantiti bukan pada kualitinya.

Kita akui era peranan 'radio buruk' dikedai kopi seperti Ramli JKR sudah berakhir. Walaupun di Jerantut, peranan internet dan blog sudah semakin penting. Walaupun kebanyakkan blog Jerantut yang saya sebutkan lebih suka menelanjangi sesama UMNO dari menghentam PAS atau PKR, tetapi apa saja yang mereka tulis kembali dibincangkan dikedai-kedai kopi.

Jika kita perhati blog diperingkat nasional selalunya yang berbisa datang dari negeri kalah. Parpu Kari, Taiping Mali, dan Gerakan Anti PKR muncul dari negeri yang BN tewas. Mungkin ada kesedaran dikalangan pemimpin UMNO negeri berkenaan tentang pentingnya UMNO melengkapkan diri merek bagi bertempur dengan cybertrooper pembangkang menjadikan negeri-negeri PR ini melahirkan ramai blogger tersohor,

Bandingkan dengan Pahang. Setelah tiga tahun selepas PRU ke 12, baru muncul Pahangku. Mungkin sebagai negeri BN, blogger-blogger tidak menjiwai lagi betapa pedihnya menjadi pembangkang. Namun, lewat lebih baik dari terlewat.

Fenomena Pahang negeri BN ini mungkin menjadikan Jerantut tempat blogger menembak sesama sendiri. Mereka lebih suka melihat pemimpin yang mereka tidak suka jatuh dari melihat pembangkang porak peranda. Saya rasa blogger-blogger Jerantut perlu berubah. Stop attacking you own man.

PRU ke 13 sudah hampir. Namun UMNO Bahagian Jerantut masih sepi, dan dunia cyber Jerantut masih ketinggalan.Sesuatu perlu dilakukan.

No comments: