Sunday 24 April 2011

Kekayaan.

Kadang-kadang saya berasa hairan dengan sifat sesetengah manusia, terutama manusia Melayu. Apabila mereka kaya, mereka merasa mereka betul dan semua orang mesti mengikut kata-kata mereka. Mereka tidak sedar, ada insan yang tidak hairan dengan kekayaan mereka kerana semua rezeki itu datang dari Allah.

Allah menyatakan dengan jelas dalam Quran, Dia Maha Pemberi Rezeki. Dia akan anugerahkan rezeki yang melimpah ruah kepada sesiapa sahaja yang Dia suka. Namun sesetengah mereka menganggap kekayaan mereka dicemburui. Bagi saya mudah, siapa yang Allah limpahkan kekayaan, mereka patut bersyukur. Kepada yang rezekinya hanya sekadar dapat makan minum, mereka juga patut bersyukur.

Mencemburui seseorang yang kaya bererti kita engkar dengan takdir Allah. Allah yang menentukan segalanya. Membangga-banggakan diri dengan kekayaan juga engkar dengan takdir Allah.Sesungguhnya kesenangan - dan kesusahan - adalah ujian dariNya. Samada kita redha dengan Allah atau tidak.

Pada suatu hari semasa PRK Kerdau, tiba-tiba melintas di depan saya sebuah Mercedez berwarna silver. Tuannya seseorang yang saya elak untuk berbual dengannya kerana inteleknya rendah. Dan dia tahu saya kurang menyenanginya. Mercedez berkenaan terlajak, terpandangkan saya dia mengundur. Apabila saya sudah nampak siapa yang memandunya, tuannya sedang berbual-bual dalam talipon dan tidak berniat untuk bercakap dengan saya, cuma ingin menayang kereta saja.

Kemudian dia terus memecut keretanya setelah saya tahu dia adalah tuan Mercedez. Saya tidak berasa apa-apa pun, tetapi mentaliti kelas tiga Melayu kaya ini memualkan. Sudah kaya tapi bagi mereka bagaikan masih tidak cukup pengiktirafan yang diterimanya.

Saya tak rasa penyakit ini ada pada kaum Cina atau orang Eropah. Bagi orang Eropah, kekayaan adalah hal peribadi dan tak ada kena mengena dengan show off. Ini juga membezakan orang kaya harta dan juga kaya mental dengan orang yang kaya harta tapi miskin mental.

Orang yang kaya harta dan mental mempunyai kelas, mereka akan enjoy kekayaan dengan cara yang classy. Mungkin mereka enjoy filharmonik, yacht, clever convesation dan membaca tetapi orang yang kaya harta tanpa kaya jiwa dan mental akan menghabiskan duit kepada perkata yang tak perlu. Dalam kata lain, mereka menghabiskan kekayaan unintelligently.

Sebenarnya,bukan urusan saya siapa kaya atau siapa miskin. Kekayaan tidak membuatkan saya impress jika tidak disertai dengan etika dan susila. 

2 comments:

Anonymous said...

sapa bro...entah ke bekas ajk pemuda dak.....sabo je lah bro....

sri tribuana said...

salam anon 5:11,

siapa dia tak penting tapi kesal dgn sikap kebanyakkan org Melayu yg berjaya, mungkin sbb pendidikan mereka rendah kot, hanya ada duit saja.