Monday 23 May 2011

Mengenangi Mereka.

Terkadang apabila saya bersendirian, saya sering teringat wajah-wajah yang sudah pergi. Maksud saya, tokoh-tokoh politik Jerantut yang sudah tiada. Saya mengenangi mereka tanpa mengira kem, tanpa mengira mereka dari yang pernah menyokong kami semasa era Dato' Wan Abu Bakar, atau saya. Itu tidak penting. Mereka hanya sekujur tubuh sahaja kini.

Mereka yang pernah memberi sokongan, atau membuat plot untuk menjatuhkan saya, atau yang pernah mengundi, atau yang tidak pernah mengundi, malah mungkin ada yang mengempen untuk tidak mengundi saya. Itu semua sudah tidak penting. Kini mereka sudah mengadap Allah, Pencipta dan sedang diadili. Esok lusa mungkin saya pula, Semua yang bernyawa akan kembali kepada Allah.

Mari kita bariskan nama: Arwah Saffin Karim, Arwah Mokhtar Jeffri, Arwah Pak Ngah Rafli, Arwah, Zainal Kassim, Arwah Pak Long Zainal, Arwah Shahrin Daud, Arwah Rahimi Wasit atau Wak Kang, Arwah Hasim Manggi, Arwah Harun Gintung ,Arwah Pak Din, Arwah Cikgu Bakar dan Arwah Azizan Yaakob.Mungkin ada yang saya lupa untuk senaraikan di sini.

Bila makin ramai orang yang sempat ketawa dan berbual dan mengata dengan kita sudah seorang demi seorang meninggalkan kita, ini bererti kita sudah makin tua. Satu hari nanti, akan tiba giliran kita.

Politik hanya mainan dunia. Berpada-pada dalam menaburkan fitnah. Kita akan diadili juga.

Al Fatihah buat arwah-arwah.

5 comments:

Anonymous said...

Al-Fatihah,semoga roh mereka aman hingga di hari pengadilan..
Hati terasa sayu bila baca posting bro kali ni..

Anonymous said...

al fatihah kpd pemimpin jerantut yg di sebut.

sri tribuana said...

salam semua;

semasa hidup kita kadang2 kita teralu melampau dalam membenci atau menyuka seseorang kerana politik. Politik bukan segalanya, dan kita singgah ke dunia ini hanya utk sementara.

Anonymous said...

Salam STB,

Betul , semua hanya sementara. Untuk yang masih bernyawa renungkan lah, berpada-pada lah melakukan sesuatu, fitnah jangan sekali atas kata dengar dan persepsi. Jangan atas kata politik kita sanggup melampai batas. hubaya lah dalam melakukan sesuatu. Betul kata STB,,, kita akan di adili. Jangan kita memungkar nanti akan dipangkah.

TQ

fadlytaqris said...

al-Fatihah buat datukku, Allahyarham Harun Jaafar